Saturday, 8 June 2019

Tik tok tik tok

Assalammualaikum.

Happy 4th eid mubarak. So harini aku dah balik sg buloh sebab aku tolong cover membe punya oncall sebab dia nak balik kg beraya. Dari awal puasa lagi dia dah tanya kat aku ada pergi mana2 tak weekend ni. Since i dont go anywhere so im willing to cover her. Nanti time aku oncall minta ar dia cover balik. Huhuhu


Amboi panjang nau mukadimah kau ye. Hahaha. Okay lah okay lah ape yang aku nak bebel ye malam2 ni. Hurmmm 🤔🤔🤔

Okay okay 1st of all aku tak sangka kejap je dah bulan 6 so thats mean tak lama lagi nak kahwin dah. Omg omg omg. Hahahaha. Insyaallah semoga Allah swt permudahkan segala urusan ku serta tunang ku serta kedua2 keluarga untuk majlis ni nanti. Aamiin


So bulan 6 ni sebenarnya banyak benda nak kena settle kan. Lagi2 bab fitting baju lah nak kena pergi butik wedding planner lah nak bincang pasal majlis nanti lah nak try food testing lah nak bincang pasal pelamin lah and macam2 lagi lah. Aku pun dah pening tak tau nak fikir apa dah. Nasib amek full package so all in one package so that kau tak payah nak cari2 untuk majlis tu nanti.


And the most important thing is borang nikah. Borang kebenaran untuk bernikah. Nak kena pergi jumpa dengan tok kadi tu. Bila tok kadi tu free. Agak2 hujung bulan ni dia free dak? Tapi borang laki kena settle kan dulu. Ke boleh sekali since kau satu daerah kan. Under kariah yang sama if im not mistaken. Ntahlah part ni aku nak bagi tunang aku tu pening ar. Asyik aku je yang pening nak fikir. Baik bagi dia plak yang pening. Hahahaa. Sorry hubby 😝😝

Doorgift just nak beli isi je untuk letak dalam ziplock tu. And barang2 hantaran eh. Rasanya if aku balik ipoh hujung bulan ni boleh kot bawa sekali barang2 hantaran tu untuk suro makcik tu tolong gubahkan. Alas dia aku dah buatkan. Just nak minta tolong gubahkan je. Barang2 semua aku dah sediakan. Just nak minta tolong makcik tu gubahkan je. Sebab masa tunang haritu makcik tu buat cantik. Aku puas hati sangat2. Sebab tu untuk nikah ni aku nak makcik tu tolong gubahkan.

Homestay. Ni pun satu benda yang aku nak kena fikirkan. Huhuhu. Nasib hubby tolong support sikit since dah kenduri buat kat ipoh. Tapi hubby support homestay yang family aku stay je. Untuk sedara mara aku yang datang dari jauh aku kena fikir sendiri. Hahahaaa 😂😂😂 bab homestay sebenarnya dah settled pun. Dah booking just nak keja bayar je nanti bila tiba hari raya. Eh ternyanyi plak. Hahahaa 🤦‍♀🤦‍♀ bila tiba masanya nanti untuk bayar.

Apa lagi yang nak kena settle kan. Haaa aku sendiri pun tak percaya kenduri nanti 3 hari 3 malam. Matilanak.  Hahahaha 😂😂😂  plannya jumaat nikah sabtu tengahari kenduri aqiqah rumah hubby nanti sabtu malam kenduri doa selamat + tahlil dekat rumah maksu aku. Ahad sanding. Allahu. Semoga dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat. Insyaallah. Aamiin. We can do it 💪💪💪

Apa lagi aku nak bebel lagi ni. Aku sebenarnya dah mengantuk tapi macam biasa lah mata tamo lelap lagi. Hmm aku rasa cukup lah sampai sini aku bebel. Tak larat nak tengok screen hp lama2. Sakit kepala plak rasanya ni.



Ps :  semoga apa yang kita rancangkan berjalan seperti yang dirancang dan dipermudahkan Allah swt. Semoga Allah swt berkati hubungan kita dan majlis kita nanti. Insyaallah. Aamiin. And one more thing. I hope he wont go on that day on this month. I really hope it. And miss you so much MSN 😘😘





Lots of love,
Izz❤