Friday, 7 September 2018

No title. 🤣

Assalammualaikum.

Hai peeps ✋ arini last day kerja then cuti panjang. Yeaaayyyyy.. tapi aku dah start cuti arini. Hahaha 🤣🤣🤣 hari cuti2 ni macam biasa mereput dekat rumah. Cumanya esok lah nak pergi kuantan kejap rombongan cik kiah. Cousin aku nak nikah dah ahad ni.

Cousin sama baya yang kedua nak dirikan masjid dah. Semoga semuanya baik2 saje. Semoga dipermudahkan segala urusan cousin aku.

Lusa ni kenduri blah perempuan dulu then belah laki kat ipoh bulan 11 ni. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Aku harap sangat dia dapat datang kuantan tapi dia kerja keluar ops. Nak datang pun jauh. Takpe lah aku faham dia kerja.


Last but not least, semoga segala urusan perjalanan nak ke kuantan dipermudahkan. Insyaallah. Aamiin


P/s : aku harap untuk bulan 11 ni dia dapat off untuk majlis kita. I miss you so much. 😔😔




Lots of love,
Izz ❤

Sunday, 2 September 2018

Surprise for him

Assalammualaikum


Hai peeps ✋ entry for tonight nak throwback sikit. Rasa macam boring je malam ni so better berleter sikit dekat sini. Huhuhu


So nak start dari mana ye? Okay lah kita start dari sini je. Bulan 7 hari tu birthday si dia yang aku sayang. Cewaaaah sayang sangat 😝😝😝 hahahaa. Mula2 aku fikir macam "takpe lah aku bank in je duit dekat membe dia suruh celebrate kan" since kita orang ni jauh dia kat ganu aku dekat selangor. Apak jauh tu.

So hari berganti hari otak masih berfikir macam mana nak buat surprise birthday untuk dia. Since tahun2 sebelum ni time birthday dia sendu sangat. Biasa lah masa tu dengan orang lain kan. Huhuhu

Otak masih berfikir lagi masa ni seminggu lagi sebelum nak hari kejadian. Aku pun wasap membe dia punya bini. Aku tanya "agak2 law akk datang sne buat surprise dia marah akk tak?" Sebab aku risau jugak sebenarnya sebelum aku decided nak pergi sana. 1st sebab aku tak penah nak jalan jauh naik bas sorang2 malam lagi tu. 2nd aku risau dia marah sebab tak bagitau. Hahaha

Tapi aku kuatkan diri aku and aku pun mula kan lah planned aku ni dengan ecah ni. Seminggu jugak ar aku planned benda ni. Hahahaa. Ecah lah yang banyak guide aku macam mana nak beli tiket bas. Kat kaunter mana ape sume tu. Tapi disebabkan aku takut tak dapat seat yang aku nak. Aku beli tiket online. Yelah 1st time nak naik bas kan malam plak tu. Dia punya paranoid tu lain macam. Hahaahaa 🤣🤣🤣

Aku pergi ganu takde sapa yang tahu. Yang tau ecah laki dia dengan azrul. Sume geng2 yang penah lepak sekali. Aku pergi ganu naik bas khamis malam. Jumaat tu birthday dia. So ngam lah kan sampai jumaat subuh tu. Rehat2 kejap pastu mula lah misi mencari kek and sarapan.

Tapi sebelum aku sampai ganu tu ada kejadian lawak yang aku tak boleh lupa. Time tu dekat tbs lagi ada ke patut dia tiba2 video call aku. Aku apa lagi mengelabah gila babeng lah kan. Hahahaha. Law jawab abis lah kantoi misi nak surprise kan dia. So aku abaikan je hp berbunyi time tu sambil mengelabah sampai orang dok pandang2 aku. Hahahahaha 🤣🤣🤣

So hari yang di tunggu sudah tiba. Kawan dia dok kacau dia tido. Suruh datang rumah tengok sinki dia. And dia ws aku cakap mirul kacau dia tido suro datang rumah tengok sinki. Aku pun baca gelak2 je sebab dah tau kan. Heheee. Jahat tak aku? 🤣🤣

Aku pun tunggu dalam bilik dah standby cake sekali. Then aku dengar dia datang and masuk rumah. Waktu tu aku punya jantung berdebar lain macam. Nervous punya pasal kan. Hahahaa. Aku tunggu greenlight dari membe2 dia sebelum keluar bawak kek. And surpriseeeeeeeeeeee. Heeeee. Here some photo yang sempat diambil. Ni sumber dari membe yang bagi. Sebab aku tak pegang hp time ni.


Muka terkejut gila. Sorry hubby 😘😘

Balas dendam suap banyak2. Hehe

Muka terharu ke ape tu? Hehe 😝😝

😗😗😗



Sekian untuk malam ni. Cukup lah throwback. Huhuhu





Lots of love,
Izz ❤


Saturday, 1 September 2018

Hello september!

Assalammualaikum

Hai peeps! Its september already. OMG 😱😱😱 maksudnya tinggal 2 bulan je lagi sebelum majlis. Like seriously cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je lagi duk discuss pasal tu. 🤣🤣

Betul lah orang kata dugaan nak bertunang and dalam tempoh bertunang ni memang ada. Lagi lagi perempuan dia jadi cepat sensitif and cepat rasa annoyed. Lagi bila nak discuss something and partner jenis tak kisah and ikut je ape2 pilihan. Hmmmmm, tu lagi lah boleh buat rasa macam "hmm lantak lah malas nak fikir lagi. Tak tau lagi".

Cumanya ape yang aku harap and berdoa semoga hati kami berdua tetap kuat untuk tempuh ujian dan dugaan sepanjang tempoh bertunang sehingga ke hari akad nanti. And ofcourse sehingga ke jannah. Insyaallah. Aamiin.

And aku berdoa semoga segala urusan dan perancangan kita untuk buat majlis dipermudahkan Allah swt.


P/s : if you're reading this. I wanna say thank you for being my bestfriend and mylove and soon to be my imam. Insyaallah. I love you so much and it'll be forever. Insyaallah. MSN❤  

#Sikitlagi #Doayangbaikbaik



Lots of love,
Izz ❤