Saturday, 19 May 2018

Bila rindu

Bila rindu by ruffedge

Dikeheningan malam,
Termenungku berseorang,
Tak lena mata dipejam,
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yang disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Inginku luahkan kata


Bila rindu
Terkenangmu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwaku bila malam makin kelam
Jauh diriku terbang melayang
Aku rindu
Sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini
Bawaku dalam pelangi
Melepasi batas diri ini


Jauh angan ku lena
Ku rasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua



P/s : tengah merindui seseorang sampai menitis airmata. 😔😔


Lots of love,
Izz ❤




Sunday, 6 May 2018

About myself

#20factsaboutme

Assalammualaikum

Hai guys, here 20 facts about me. Lets check it out


1. Dah besar panjang still ada orang panggil nama aku dengan panggilan baby.

2.  Dilahirkan pada disember, 28th

3. Anak nombor 3 diantara 4 orang adik beradik. (Semua perempuan)

4. In a relationship.

5. Aku yang dulu bukan lah sekarang. (Dulu beratku 47kg sekarang dah macam tong drum! 😂😂)

6. Seorang yang cepat berubah mood.

7. Seorang yang kuat cemburu tapi tak sampai cemburu buta. Dan seorang yang kuat mengajuk tapi terpaksa pujuk diri sendiri 😔😔😔

8. Cepat percayakan orang. 😬😬

9. Suka makan. Makan dan makan tapi nak kurus. 😏😏

10. Seorang jururawat di dewan bedah.

11. Bakal memiliki rumah sendiri. In shaa Allah (tunggu rumah siap)

12. Purple is my favourite color. ❤

13. Seorang yang simple.

14. Sukakan handbag, kasut, baju dan jam tangan.

15. Memakai jam di tangan kiri.

16. Bakal makmum seseorang. In shaa Allah. #doayangbaikbaik 😝😝😘😘

17. Seorang yang tak suka kan make up dan tak reti up to date tentang fashion. 😂😂😂

18. Suka nombor 7. Its my lucky number.

19. Seorang pelupa yang tak dapat dibendung lagi. (Nampak nau dah tua)

20. Last but not least, seorang yang setia. 😝😝


Sekian ini lah 20 facts about me yang dapat aku tuliskan kat sini. Sebenarnya banyak lagi tapi cukup lah ni tak larat nak type panjang2. Hahahaa 😂😂😂



Lots of love,
Izz ❤

Saturday, 5 May 2018

Merepek je

Assalammualaikum

Hai guys. Dah masuk tidur ke tu? Relax ar night still young beb. Hahahaaa. (Still young lah sangat walhal kau dah bape kali menguap dah tu) 😂😂😂

Arghhhh stress nak upload video tak lepas. Ke tak boleh guna hp. Takpe lah balik sb nanti lah baru aku upload video. Tapi kan tapi kan video tu mana ada dekat lappy. Video dekat hp ni haaaa. Hahaaaa 😂😂😂

Esok ahad ea alahai malasnya nak pergi kerja isnin ni. Kang nanti ada yang bertanya pasal meeting aritu. Aku ni dah lah jenis tak reti nak putar belitkan ayat. Kang kena psycho sikit dah tak boleh nak simpan rahsia sangat. Walhal masa meeting aritu kau banyak diam dari bersuara. Hahahaha

Adoii sakit kepala lah plak. Tido dulu lah rehatkan mata ni. Letih sangat dah mata ni. Good night peeps. 
Have a nice dream.



Lots of love, 
Izz ❤

Wednesday, 2 May 2018

Hello may !

Assalammualaikum


Hai guys. Sekejap je kan dah masuk bulan mei dan tak lama lagi kita bakal bertemu ramadhan al kareem. Semoga kita dapat berjumpa ramadhan tahun ni. In shaa Allah.

Aku pun takde idea dah nak celoteh ape dekat sini. Tiba2 je thought block. So marilah kita menunggu case didalam habis dan menanti case lepas jam 5 sekejap lagi. Dan arini marilah kita balik lambat jugak. Sebabnya sis oncall minggu ni. 😂😂😂 Dan kereta sis jugak parking jauh harap malam nanti adalah orang nak temankan sis ke kereta balik nanti. Hahahaha




P/ s : dah kenapa susah sangat nak kawal cemburu ni. Stress betul lah. Rasa nak hampuk je kepala ni kat dinding bagi sedar sikit. Hmmm



Lots of love,
Izz ❤