Sunday, 29 April 2018

No caption

Assalammualaikum

Hai guys 🖐 esok dah last day bulan april. Kejap je nak masuk bulan mei and hampir pertengahan tahun dah. Terasa sekarang ni masa berputar dengan cepat.

Sekejap je nak ramadhan dan seterusnya hari raya. Yang pastinya ramadhan kali ni masih di sungai buloh seperti tahun lepas. Harap dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan. In shaa Allah. Aamiin.

Harap juga dipermudahkan segala urusan. Aamiin. 

Sunday, 22 April 2018

Nawaitu

Assalammualaikum

Hai guys. Happy weekend. Esok dah kerja malasnya nak balik sg buloh 😅😅

Okay apa nak celoteh dekat sini ea? Sebenarnya nak kongsi beberapa perkara yang terjadi dalam hidup ni bila kita niat sesuatu dalam hati kita.

First of all sebelum aku nak lanjutkan pelajaran selepas spm is aku niat kalau aku sambung belajar amek nursing course ni kalau aku dah qualified as a staff nurse aku akan jaga ibu abah aku bila dorang sakit and incase kalau kena warded. Tu niat pertama aku sebelum aku amek nursing course. And alhamdulillah ada rezeki aku untuk belajar nursing selama 3 tahun. Walaupun aku ni tak berapa pandai and ada darah gemuruh setiap kali nak berdepan dengan orang ramai Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan aku sepanjang aku belajar 3 tahun. And graduated on time. Tapi selepas aku habis belajar aku tak terus dapat kerja disini aku diuji sedikit. Banyak interview banyak resume yang dihantar tapi tiada panggilan mahupun dapat kerja setelah pergi interview. Sampai lah tahun 2015 tahun dimana ibuku selalu sakit and beberapa kali keluar masuk hospital. Disini peranan aku bermula. Disember 2015 ibu ku kena admitted ward untuk buat operation CABG (bypass) and dari ibuku admitted sampai lah discharge aku stay dekat hospital. Hampir 2 minggu jugak lah aku stayed dekat hospital.

After 3 months post operation my mom which is dah recovery from surgery and i got a called from uitm untuk panggilan interview on 1st april 2016. Aku punya perasaan masa tu macam tak percaya je dengan apa yang aku dengar. Seriously sebab aku apply dah lama gila kot then tak tau tiba2 dapat panggilan. Itulah yang dinamakan rezeki. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. Rezeki tu datang selepas 3 months post op my mom. Selepas ibu ku betul2 sihat. And ofcourse im started working on 1st May 2016. And almost 2 years im working at uitm. Thats my first niat sebelum sambung study.

My 2nd niat is bila dah bekerja aku akan belikan rumah untuk ibu abah ku duduk bila dorang dah tak kerja lagi. Aku niat untuk beli rumah untuk dorang sebelum aku kahwin. And Alhamdulillah Allah mendengar niat dan hajat aku. Housing loan approval full loan. Syukur Alhamdulillah ni hadiah untuk ibu abah tahun ni. Terima kasih ya Allah kerana tunaikan niat hambu Mu. Alhamdulillah.

And now my next target is get married with someone i loved. Moga Allah permudahkan niat aku yang ini untuk bina masjid dengan orang yang aku sayang. Dengan seseorang disisi aku selama 11 tahun ni. Walaupun diri masing2 penah jaga jodoh orang lain. And i hoped that he will be my last person in my life. In shaa Allah. Aamiin.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Segala perancangan kita. Semoga Allah permudahkan segalanya dan bukakan pintu rezeki untuk kita. In shaa Allah.



P/s : Dearself, please control of your emotion and dont think too much. Take it as positive. And dont think negatively. Its just a photo and a liked of the photo. Okay dearself? Take it easy.




Lots of love,
Izz ❤

Monday, 16 April 2018

Random thought.

Assalammualaikum

Hai guys. Korang arini monday blues ke tak? Aku arini tak tau lah nak cakap monday blues ke tak. Bagi aku biasa je sama macam hari-hari yang lain.

Nak tanya lah macam mana nak elak kan dari 'overthinking' ? I dont have any trust issues tapi aku kalau keseorangan otak aku mula berfikir macam-macam. Aku sendiri pun tak faham dan kenapa nak kena fikir banyak-banyak perkara. Adakah aku ada masalah dengan mental? Hurmmm.

Entahlah malas nak fikir. Nanti fikir banyak-banyak sakit kepala plak. And nanti senang lah si syaitonnirojim tu mula menghasut. Keep faith. May Allah ease everything. In shaa Allah. Aamiin.



Lots of love,
Izz ❤

Friday, 13 April 2018

I miss you 😔

Assalammualaikum

Hai guys 🖐 buat gapo tu? Apa yang nak celoteh dekat sini ea. Rasa macam boring plak rasanya hari ni. Harap minggu ni baik-baik saje sebab hakak oncall. 😂😂😂

Rindu? Yes im missing you so much. Rindu sampai rasa nak menangis. Seriously i miss you so much. Bila kita nak dapat jumpa lagi ni?

Nanti macam mana lah kalau kita dah kahwin kan? Nak kena pjj lagi. Sure hari-hari menangis sebab rindu sangat-sangat. Terengganu > sg buloh bukannya dekat tapi jauh. 😔😔😔

Takpe lah moga Allah permudahkan segala urusan kita. In shaa Allah. Aamiin.



Lots of love,
Izz ❤

Wednesday, 11 April 2018

I'm in love with you

Assalammualaikum

Hai guys. Buat apa tu? Sudah makan malam ke? Apa yang nak celoteh dekat sini ea? Oh ya sebenarnya aku tengah in love with someone that i knew about 11 years ago.

Kita orang kenal dah lama tapi baru-baru ni je kita orang started in serious relationship. I dont know how its started. Its just happened macam tu je. Hahaha. 😂😂😂

Tapi jujur aku cakap yang aku sangat selesa dengan dia. Since 2007 kita orang kenal aku selesa berkawan dengan dia until today we're decided to be in relationship.

And seriously im in love with my 'sahabat' . Saya minta maaf sebab pernah rejected awak 2 kali. Sebab saya terlalu takut untuk kehilangan awak waktu tu.

Pemikiran saya berubah bila saya dengar seorang artis berkahwin dengan sahabat baik sendiri. That time mungkin Allah nak bagi petunjuk kot. Sebab saya selalu sangat dapat petunjuk dari Allah swt. Tanpa saya sedari.

Started on february saya wasap awak minta pendapat tentang apa yang saya rasa. And start from that i think if im not mistaken. We always whatsapp every single day.

Yang paling saya ingat awak ada tugas dekat kl and we are planned to meet each other setelah sekian lama kita tak jumpa. That time hati saya happy sangat2 sebab nak jumpa awak. You wanna know something? Saya sebenarnya tak boleh nak tido malam tu sebab fikirkan yang kita nak jumpa. 😂😂

And masa saya on the way nak pergi amek awak tu hati saya berdebar-debar rasanya. Waktu tu saya tak tau kenapa saya rasa macam tu. Sampai lah lepas saya hantar awak balik. Saya tiba-tiba rasa rindu dekat awak.

Masa tu saya masih lagi tak faham dengan perasaan saya. Saya biarkan dulu sampai lah saya tahu perasaan saya dekat awak.

And now alhamdulillah we're together. Saya harap and berdoa agar hubungan kita sampai kita bina masjid. And seterusnya hidup bersama. In shaa Allah. Aamiin

Seriously im in LOVE with YOU, Muhamad Sharull Nidzam. I ❤ You so much.


Lots of love,
Izz ❤ 

2018

Assalammualaikum

Hai everyone. Walaupun takde orang pun yang akan baca entry ni. Hahaha. Dah lama tak menulis dekat sini. Post yang lama-lama semua dah dipadamkan sebab bila sendiri baca balik rasa macam budak2 sangat bila tulis entry macam tu. Hahaha

So for this year 2018 aku akan buat entry baru. Tapi tak tau lah kalau pemikiran tu masih tak matang lagi ke macam mana. Huhuhu 

Sebenarnya banyak yang terjadi pada aku tahun 2018 ni. Tapi semua tu ada hikmahnya. Harapnya aku kuat untuk menjalani kehidupan hari-hari yang mendatang. In shaa Allah.

Okay cukup sampai sini dulu mukadimah dari aku. Nantikan next entry. In shaa Allah.


Lots of love,
Izz ❤